Terma dan Syarat Homestay MuslimParit Raja
Syarat Tempahan
- Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat separuh (50%) bayaran sebagai deposit. (No akaun bank akan dimaklumkan kemudian). Kegagalan berbuat demikian dalam masa 24 jam, pihak pengurusan Homestay Parit Raja, iaitu Homestay Muslim Parit Raja berhak untuk membatalkan tempahan tersebut.
- Bukti pembayaran atau transaksi tersebut hendaklah diberi kepada pihak Homestay Muslim Parit Raja sama ada melalui email di tapaimanis81@gmail.com atau menggunakan aplikasi WhatsApp.
- Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan pada saat-saat akhir.
Prosedur Daftar Masuk (Check In)
- Masa Daftar Masuk (Check In) : 2.00 Petang
- Masa Daftar Keluar (Check Out) : 12.00 Tengahari
- Kunci homestay boleh diambil pada masa daftar masuk (Check In)
- Atas Faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki membayar deposit kunci berjumlah RM50 semasa pendaftaran dan wang akan dipulangkan semasa pendaftaran keluar.(Check Out) nanti.
Peraturan Umum
- Penghuni hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penyelenggaraan / pihak berkuasa tempatan.
- Pihak Homestay Muslim Parit Raja tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kemalangan atau kejadian yang tidak diingini sepanjang tempoh penginapan.
- Tempahan yang melibatkan pasangan bukan mahram adalah dilarang sama sekali.
" SEGALA KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN AMATLAH KAMI HARGAI"
No comments:
Post a Comment